Dua wanita cedera, kereta musnah terbakar

Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran membabitkan kemalangan dua kenderaan di Lebuhraya Metramac, di sini, malam tadi.
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran membabitkan kemalangan dua kenderaan di Lebuhraya Metramac, di sini, malam tadi.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dua wanita cedera selepas kenderaan mereka terlibat dalam kemalangan, kemudian terbakar di Lebuhraya Hubungan Timur-Barat (Metramac) menghala ke Taman Connaught, di sini malam tadi.

Dalam kejadian jam 11.40 malam itu, kedua-dua mangsa cedera di kepala dan tangan akibat kemalangan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd Ramzan Muhammad berkata, sepasukan 18 anggota dan pegawai bersama tiga buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Seputeh serta Pantai bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima laporan.

"Mangsa telah dihantar ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dengan menggunakan jentera Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya melalui kenyataan media, pagi ini.

Mohd Ramzan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 11.56 malam.

Beliau berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian, pihaknya mendapati dua buah kereta jenis Perodua Alza dan Toyota Altis terbakar akibat kemalangan itu.

"Kedua-dua kenderaan tersebut musnah terbakar 100 peratus. Kebakaran dapat dikawal pada jam 12.35 tengah malam dan padam sepenuhnya kira-kira 15 minit kemudian," katanya.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!