Rumah pegawai kastam dilempar molotov cocktail

Sebuah kediaman pegawai kastam di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan diserang dengan bom botol atau molotov cocktail, awal pagi tadi, dipercayai angkara perbuatan individu tidak dikenali.
Sebuah kediaman pegawai kastam di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan diserang dengan bom botol atau molotov cocktail, awal pagi tadi, dipercayai angkara perbuatan individu tidak dikenali.
A
A
A

PUTRAJAYA - Rumah seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan dilempar dengan bom botol mengakibatkan dua buah keretanya terbakar dalam kejadian awal pagi tadi, dipercayai angkara individu tidak dikenali.

Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Paddy Abd Halim berkata, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 2.45 pagi tadi.

"Semasa insiden berlaku, Razman Pak Dek, pegawai yang bertugas di Unit Operasi, Bahagian Penguatkuasaan Kota Bharu, Kelantan tiada di rumah kerana terlibat dalam satu operasi.

Sebuah kediaman pegawai kastam di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan diserang dengan bom botol atau molotov cocktail, awal pagi tadi, dipercayai angkara perbuatan individu tidak dikenali.
Sebuah kediaman pegawai kastam di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan diserang dengan bom botol atau molotov cocktail, awal pagi tadi, dipercayai angkara perbuatan individu tidak dikenali.

"Dalam kejadian tersebut, dua buah kenderaan jenis Toyota Yaris dan Mitsubishi Triton di ruang letak kereta kediaman tersebut telah terbakar," katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kejadian itu masih dalam siasatan dan laporan polis akan dibuat bagi mengenal pasti punca insiden tersebut berlaku.

Katanya, beliau memandang serius kejadian terbabit dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingin mengancam keselamatan pegawai kastam.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!