Enam sekeluarga maut: ‘Ibu...abang rindu nak hidup macam dulu’

Tangkap layar perkongsian Abdur Rahman di akaun TikTok miliknya.
Tangkap layar perkongsian Abdur Rahman di akaun TikTok miliknya.
A
A
A

SEGAMAT - Anak sulung kepada pasangan Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46, dan Allahyarham Norahimah Noor Muhamad, 43, yang maut bersama empat lagi adiknya dalam satu kemalangan di sini tahun lalu meluahkan rasa rindu mengenangkan pemergian mereka.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok milik Abdur Rahman Amir Ruddin, 19, pada 7 Oktober lalu, dia turut bercerita tentang perkembangan hidupnya ketika ini kepada setiap ahli keluarganya.

“Abang rindu nak hidup macam dulu, ibu. Abang sudah sambung belajar tetapi abang tidak dapat lagi nak bawa ibu naik pentas macam akak Fatima (Fatimatulzahrah,17).

“Abi. Abang sudah pandai hidup berdikari tetapi tidak boleh jadi kuat macam abi sara kami dengan macam-macam kerja,” katanya.

Tangkap layar perkongsian Abdur Rahman di akaun TikTok miliknya,
Tangkap layar perkongsian Abdur Rahman di akaun TikTok miliknya,

Abdur Rahman bersama adiknya, Abdullah, 16, kehilangan ibu dan ayah serta empat beradik yang lain dalam nahas di Kilometer 5, Jalan Segamat Kuantan pada 1 September tahun lalu.

Kemalangan pada jam 6.37 petang itu berlaku ketika tujuh sekeluarga dalam perjalanan dari Ladang Tehel Utara, Kluang ke Felda Kemelah di Segamat untuk menghantar Noorahimah serta anak-anaknya di sana.

Namun setibanya di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza dinaiki bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.

Artikel Berkaitan:

Ujar Abdur Rahman, meskipun telah melanjutkan pengajian di sebuah institut pengajian tinggi awam (IPTA) namun, dia masih bersedih memikirkan kenangan bersama adik-adiknya.

“Akak (Fatimatulzahrah). Abang sudah masuk universiti dah tetapi akak tetap yang paling pandai dalam keluarga kita.

“Seri (Seri Khadijah Aqilah, 13). Rambut abang lagi panjang tetapi tidak boleh lawan rambut Seri lagi lurus,” menurutnya.

Abdur Rahman juga menyampaikan pesanan dengan nada bergurau kepada kedua-dua arwah adiknya yang paling kecil iaitu Rufaidatul Asyariyah, 10 dan Muhammad Assyakrawi, 5,

Ulas Abdur Rahman, dia rindu pada Rufaidatul Asyariyah yang menjadi teman rapatnya ketika bermain permainan aplikasi di telefon pintar.

“Awie. Abang sudah ada kereta, baru nak ajak berjalan, lagi selesa naik kereta,” ulasnya.

Sehingga kini, perkongsian video tersebut meraih 1.8 juta tontonan dan 141,300 tanda suka di platform TikTok.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!