Kapal bantuan Turkiye bersama 1,000 tan bantuan kemanusiaan tiba di Beirut
ANKARA - Sebuah kapal Turkiye yang membawa 1,000 tan bantuan kemanusiaan tiba di pelabuhan Beirut pada Jumaat, memberikan sokongan penting kepada Lubnan di tengah-tengah serangan Israel yang berterusan.
Menurut Agensi Anadolu, bantuan yang diatur oleh Turkiye dengan kerjasama pihak berkuasa Lubnan itu terdiri daripada bekalan makanan, peralatan perubatan, dan barangan keperluan asas untuk membantu warga yang terjejas.
Israel melancarkan kempen udara besar-besaran bulan lepas di Lubnan terhadap apa yang didakwanya sebagai sasaran Hizbullah dalam peningkatan ketegangan sepanjang tahun antara Israel dan kumpulan itu sejak permulaan serangan ganas Israel ke atas Gaza.
Menurut pihak berkuasa kesihatan Lubnan, hampir 2,900 orang terbunuh dan lebih daripada 13,000 cedera dalam serangan Israel sejak Oktober lepas.
Israel memperluaskan konflik dengan melancarkan pencerobohan ke selatan Lubnan pada 1 Oktober. - Bernama/Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!