Hari penentu tiga jawatan naib presiden Bersatu

Pemilihan Bersatu kini terarah bagi tiga jawatan naib presiden yang bakal ditentukan menerusi Persidangan Bahagian-bahagian parti itu hari ini selepas 'panas' dengan pemilihan peringkat sayap yang mencetuskan pertikaian.
Pemilihan Bersatu kini terarah bagi tiga jawatan naib presiden yang bakal ditentukan menerusi Persidangan Bahagian-bahagian parti itu hari ini selepas 'panas' dengan pemilihan peringkat sayap yang mencetuskan pertikaian.
A
A
A

PEMILIHAN Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kini terarah bagi tiga jawatan naib presiden yang bakal ditentukan menerusi Persidangan Bahagian-bahagian parti itu hari ini selepas 'panas' dengan pemilihan peringkat sayap yang mencetuskan pertikaian.

Enam calon layak bertanding termasuk penyandang jawatan Timbalan Presiden, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, A’ziss Zainal Abidin, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, Datuk Razali Idris dan Mohd Rafiq Abdullah.

Selain itu, turut dipertandingkan jawatan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (AMPT) dan peringkat bahagian parti bagi penggal 2024-2027 yang berdepan saingan sengit berikutan kontroversi berhubung kewujudan dua kem dalam parti itu, didakwa melibatkan Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, dan kem Ketua Bersatu Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Perkembangan pada Jumaat yang menyaksikan Bahagian Hulu Langat dan Kota Melaka antara sepuluh yang digantung daripada terlibat Persidangan Bahagian-bahagian Bersatu hari ini juga menambahkan lagi kehangatan isu yang kian ketara dan tidak mampu disembunyikan lagi.

Menurut Setiausaha Kerja Bersatu, Kapten (B) Datuk Muhammad Suhaimi Yahya, persidangan di dua bahagian terbabit turut ditangguhkan sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Lapan bahagian lagi yang disahkan digantung dan tidak bersidang setakat ini ialah Jasin, Tapah, Teluk Intan, Machang, Bukit Mertajam, Bukit Bendera, Tanjong serta Cameron Highland.

Sebelum itu, Tan Sri Muhyiddin Yassin diumumkan kekal sebagai Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) manakala Setiausaha Agung parti, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengisi jawatan Timbalan Presiden, selepas masing-masing menang tanpa bertanding dalam pemilihan parti itu bagi 2024-2027.

Datuk Mas Ermieyati Samsudin turut menang tanpa bertanding jawatan Ketua Srikandi selepas penyandangnya, Datuk Seri Rina Mohd Harun menarik diri.

Artikel Berkaitan:

Turut menang tanpa saingan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi bagi jawatan Naib Ketua Srikandi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham pula diumumkan sebagai Ketua Armada Bersatu dengan 1,888 undi mengatasi pencabarnya, Akmal Zahin Zainal Zahir yang meraih 1,718 undi.

Bagaimanapun, keputusan rasmi bagi kesemua jawatan dipertandingkan hanya akan diumumkan sebaik selesai mesyuarat bahagian-bahagian parti itu di seluruh negara sekali gus sebagai penentu hala tuju Bersatu dalam arena politik negara.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!