Tayangan perdana 'Pendekar Awang' di Istanbul
FILEM epik pahlawan Melayu, "Sword of Islam,” atau "Pendekar Awang,” ditayangkan di Istanbul.
Kisah ini diilhamkan daripada kisah benar yang menggambarkan penentangan orang Melayu terhadap pencerobohan British ke atas tanah Melayu pada abad ke-19.
Filem terbitan Malaysia itu memaparkan perspektif baharu tentang kekayaan tradisi, nilai dan perjuangan negara.
Seorang pelakon dalam filem itu, Ali Karimi, yang memegang watak sebagai abang kepada watak utama, memberitahu Agensi Anadolu bahawa dia berharap filem itu akan meningkatkan patriotisme dan "mempertahankan diri" terhadap penjajahan.
Selain memberikan hiburan, "Sword of Islam” bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme, cinta akan tanah air dan pemahaman tentang perjuangan menentang penjajahan asing. - Bernama/Anadolu
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!