Selangor pergiat selesai isu strata

Kerajaan Selangor tumpu penyelesaian isu strata melalui penyediaan peruntukan pada Belanjawan Selangor 2025. Gambar hiasan.
Kerajaan Selangor tumpu penyelesaian isu strata melalui penyediaan peruntukan pada Belanjawan Selangor 2025. Gambar hiasan.
A
A
A

KAJANG - Kerajaan Selangor akan pergiat isu penyelesaian isu pemilikan strata melalui program dan insentif yang akan dibentangkan dalam Belanjawan Selangor pada 15 November ini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, kerajaan negeri berdepan banyak isu berbangkit membabitkan hak milik strata terutama melibatkan pembinaan sebelum 2008.

Menurutnya, setiap kawasan strata mempunyai isu berbeza dan satu jawatankuasa akan ditubuhkan bagi mencari penyelesaian terbaik kepada permasalahan itu.

Datuk Seri Amirudin Shari
Datuk Seri Amirudin Shari

"Antaranya terdapat isu tanah menyebabkan hak milik strata tergantung dan tidak dapat diserahkan pemilik hingga mereka berdepan masalah menjual unit.

"Kaedah penyelesaian akan mengikut kesesuaian kerana ada berdepan isu premium tanah, masalah pelan dan ada yang berusia lebih 20 tahun yang memerlukan dana mencecah jutaan ringgit, jadi ini antara keutamaan dalam Belanjawan 2025," katanya.

Beliau ditemui pada Program Rewang Komuniti Strata Negeri Selangor peringkat Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ) di Pangsapuri Baiduri Bandar Tasik Kesuma pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuj Borhan Aman Shah dan

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Datuk Dr Juhari Ahmad.

Amirudin berkata, sebanyak 138,000 petak atau lebih 50 peratus rumah strata berdepan masalah itu selepas kelulusan kebenaran merancang diberikan sebelum isu tanah diselesaikan.

"Ini menyebabkan pemaju culas atau cuai tidak bayar premium yang akhirnya memberi kesan kepada pembeli.

"Bagaimanapun selepas 2008, masalah itu tidak timbul selepas kerajaan mensyaratkan perlu selesaikan isu tanah terlebih dahulu sebelum kebenaran merancang dikeluarkan," katanya.

Justeru katanya, penyelesaian menumpukan kepada isu tanah, kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT) serta perundangan.

"Ada cadangan kerajaan negeri 'wave' isu tanah tetapi ka akan menguntungkan pemaju yang melakukan kesalahan atau culas sebelum ini.

"Kita tak buat perkara itu melainkan keadaan terlalu kritikal.

"Ada juga yang kerajaan tanggung sebahagian kos tertentu namun kita akan tengok keadah terbaik mengikut kes," katanya.

Katanya, berkata, kerajaan tidak boleh menanggung kos keseluruhan kerana akan melibatkan peruntukan besar namun akan cari formula atau insentif kepada pemaju yang bersedia untuk program pemulihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!