Gimik 'baju berdarah' cetus kontroversi

Persembahan Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) malam tadi mengundang kontroversi.
Persembahan Aina Abdul di pentas Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) malam tadi mengundang kontroversi.
A
A
A

GIMIK 'baju berdarah' yang diketengahkan penyanyi Aina Abdul di Anugerah Juara Lagu ke-34 (AJL34) malam tadi mengundang kritikan ramai pihak.

Menurut kenyataan Persatuan Peduli Mental Malaysia (MIASA), pelantun lagu Sumpah itu melakukan gimik keterlaluan dan melanggar peraturan.

"Adakah sudah tiada idea kreatif lain sehingga terdesak melakukan persembahan berkonsepkan memudaratkan diri di pentas AJL tahun ini.

"Stesen televisyen dan pihak produksi sepatutnya sudah sedia maklum dengan larangan adegan sedemikian di media," katanya.

Dalam kenyataan itu, MIASA berkata, pengacara AJL menyebut Aina yang yang berpakaian serba putih telah mencucuk dadanya sehingga cecair seperti darah membuak-buak keluar membasahi pakaiannya.

Skrin latar mempamerkan warna seperti darah pekat yang mengalir bagi menguatkan konsep berkenaan.

"Persembahan seperti ini memberi mesej yang salah kepada audien.

"Ia juga jelas telah melanggar garis panduan laporan media mengenai bunuh diri yang melarang sebarang bentuk adegan mencederakan diri atau memudaratkan diri dengan menunjukkan cara dan kaedah untuk melakukannya.

Artikel Berkaitan:

MIASA mendakwa bagi individu yang memiliki masalah mental, persembahan itu boleh menyebabkan pencetus yang mengganggu pemikiran dan mungkin mendorong mereka melakukan perbuatan yang berbahaya.

"Bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang, kami memohon masyarakat dengan membantu membuat laporan kepada Communications and Multimedia Content Forum of Malaysia (CMCF)," katanya.

Bagaimanapun penyanyi itu telah memohon maaf kepada semua pihak yang kurang senang dengan gimik persembahannya yang didakwa bunuh diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!