'Kenapa awal sangat bam...'

Atas: Achey menangisi pemergian Abam. - Foto Instagram Achey
Bawah: Fad menitiskan air mata tatkala menyampaikan berita pemergian Abam kepada peminatnya. - Foto Instagram Fad Bocey
Atas: Achey menangisi pemergian Abam. - Foto Instagram Achey Bawah: Fad menitiskan air mata tatkala menyampaikan berita pemergian Abam kepada peminatnya. - Foto Instagram Fad Bocey
A
A
A

SHAH ALAM - Kenapa awal sangat bam... ya ALLAH, abam dah takda guyss, demikian luahan sebak Achey ketika menerima berita mengejutkan di atas pemergian rakan seperjuangannya, Abam Bocey, hari ini.

Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah menangisi pemergian Abam setelah memuat naik satu video klip ringkas memaklumkan berita sedih itu kepada orang ramai.

Dengan kata-kata ringkas Achey memberitahu, "Abam dah tak ada guyss... "

Video dimuat naik 46 minit lalu di Instagram miliknya telah meraih lebih 570,218 tontonan daripada para artis dan peminatnya.

Sebaik sahaja peminat menerima berita itu, rata-ratanya terkedu malah seolah-olah tidak percaya namun semuanya mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan, 32.

Turut terkesan pemergian Abam, ahli kumpulan Bocey, Fad apabila hanya mampu menyatakan kesedihan di atas pemergian Allahyarham ke rahmatullah.

"Allahhuakbar, allahhuakbar, allahhuakbar, innalillahiwainnailaihirojiun... kenapa kau (Abam) pergi dulu bam? kenapa tak tunggu, aku jauh ni, aku nak peluk cium kauuuuuuuuu." luahnya di Instagram.

Difahamkan, Fad atau nama sebenarnya Muhammad Fadzlie Nizam kini berada di Jepun bersama keluarganya.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan di Instagram Allahyarham, kali terakhir memuat naik entri adalah lima hari lalu dengan kapsyen, "We are partner guys.... Terus maju untuk ke depan..."

Melihat pada ruang komen di Instagramnya, semua peminat menzahirkan ucapan takziah malah ada juga masih terkejut dengan berita pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai insan yang sangat baik.

"Macam tak disangka-sangka. Semoga arwah tenang di sana," kata bangaheim.

Kata eyjarosli, "Al-Fatihah Abam. Terima Kasih kerana pernah menghiburkan kami dalam industri. Semoga Abam di tempatkan dalam kalangan para solihin. Salam takziah buat seluruh ahli keluarga Abam."

ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Abam Bocey meninggal dunia

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!