Hujan November paling lebat dalam 101 tahun landa Jeju
Hujan antara 150 mm hingga 347 mm telah membasahi Jeju dari Jumaat hingga awal pagi Sabtu, termasuk 333 mm di kawasan pergunungan utara, menurut Pentadbiran Meteorologi Korea cawangan Jeju.
Pada hari Jumaat sahaja, kawasan utara pulau itu menerima 238.4 mm hujan, menandakan rekod hujan harian tertinggi bagi bulan November sejak 1923, ketika pemerhatian cuaca pertama kali dilakukan di kawasan itu. Rekod harian tertinggi sebelumnya bagi bulan November ialah 102 mm, yang dicatatkan pada 2011.
Hujan lebat itu telah menyebabkan pokok tumbang dan jalan serta bangunan di Jeju dinaiki air, dengan 19 laporan kerosakan berkaitan hujan diterima setakat Jumaat malam.
Pihak berkuasa turut melarang akses ke Gunung Halla kerana hujan lebat pada hari sebelumnya, tetapi sekatan itu sebahagiannya ditarik balik pada Sabtu.
Agensi cuaca itu memaklumkan bahawa beberapa bahagian Jeju mungkin mengalami hujan sehingga lewat Sabtu. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!