Kerajaan akan perkenal undang-undang lebih tegas tangani buli siber - PM

Anwar (kiri) bertegur sapa dengan seorang kanak-kanak ketika melakukan lawatan ke gerai jualan selepas merasmikan Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di Gravitas pada Sabtu. Foto Bernama
Anwar (kiri) bertegur sapa dengan seorang kanak-kanak ketika melakukan lawatan ke gerai jualan selepas merasmikan Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di Gravitas pada Sabtu. Foto Bernama
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Kerajaan akan memperkenal undang-undang lebih tegas bagi menangani isu buli siber yang dilihat semakin membimbangkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, rang undang-undang berkaitan perkara itu dijangka dibentang pada sesi Parlimen akan datang.

"Kita akan perkenalkan undang-undang buli siber yang lebih tegas... dan saya ada minta badan-badan seperti MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia), PDRM (Polis Diraja Malaysia) ambil tindakan maksimum yang mungkin, jangan tolak ansur,” katanya pada program Temu Anwar di Karnival Generasi Ada Idea (Gen-AI) di tapak Parkir Gravitas Jalan Baru Prai di sini pada Sabtu.

Turut hadir Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching; Ketua Setiausaha Kementerian Kounikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid dan Pengerusi MCMC, Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.

Anwar berkata, meskipun Malaysia mengamalkan kebebasan bersuara namun isu buli tidak boleh dipandang ringan kerana ia boleh memberi impak psikologi seperti penderaan mental sehingga berupaya mengancam keselamatan serta nyawa seseorang dan tindakan tegas perlu diambil bagi mengatasinya.

"Kebebasan bukan untuk kamu dera orang. Kebebasan bukan untuk kamu menghina orang, mengaibkan orang... meskipun Malaysia memperjuang kebebasan dan keadilan, negara ini tidak akan sesekali membiarkan sebarang bentuk penindasan, penghinaan serta penderaan berlaku,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!