Parti Konservatif UK pilih Kemi Badenoch sebagai pemimpin baharu

Kemi Badenoch
Kemi Badenoch
A
A
A

LONDON - Kemi Badenoch dipilih sebagai pemimpin Parti Konservatif UK, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Bekas setiausaha perniagaan itu diumumkan sebagai pemenang dalam satu acara di London pada Sabtu, menewaskan pesaingnya Robert Jenrick dengan undian sebanyak 53,806 berbanding 41,388.

Ahli Parlimen dari North West Essex itu akan menggantikan Rishi Sunak sebagai Ketua Pembangkang dan berusaha mengemudi Parti Konservatif untuk kembali berkuasa selepas kekalahan teruk pada pilihan raya yang berlangsung pada Julai.

Parti Konservatif berdepan cabaran besar, dengan mempunyai hanya 121 Ahli Parlimen selepas pilihan raya yang menyaksikan parti itu kehilangan kerusi kepada Parti Buruh, Liberal Demokrat dan Reform.

Tinjauan YouGov yang diterbitkan sebelum keputusan, mendapati empat daripada 10 pengundi mempunyai pandangan negatif terhadap Badenoch, termasuk 29 peratus pengundi Konservatif, manakala rakyat Britain cenderung berpendapat yang pemimpin Parti Buruh Keir Starmer akan menjadi perdana menteri yang lebih baik. - Bernama-dpa

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!