Arsenal berduka tunduk kepada Newcastle
PELUANG Arsenal untuk cuba merangkul kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini menerima tamparan hebat selepas tewas kepada Newcastle United 0-1 di Stadium St James Park pada Sabtu.
Keputusan itu sekali gus menyaksikan pendahulu EPL, Manchester City berpeluang untuk mendahului lapan mata daripada Gunners di puncak liga.
Alexander Isak menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-12, menanduk masuk hantaran lintang Anthony Gordon dari sebelah kanan.
The Gunners bergelut untuk cuba bangkit dan walaupun menguasai penguasaan bola, mereka hanya menghasilkan satu percubaan tepat ke gawang Newcastle sepanjang perlawanan.
Skuad kendalian Mikel Arteta itu kini hanya mengutip satu mata dalam tiga perlawanan terakhir mereka.
Jika juara bertahan, City menang di Bournemouth dalam satu lagi perlawanan sebentar lagi, mereka akan berada di hadapan lapan mata daripada Gunners.
Liverpool pula yang berada satu mata di belakang City akan melayan kunjungan Brighton di Anfield.
Sebelum ini, Arsenal telah menjadi antara pasukan pencabar utama kepada City dalam dua musim terakhir.
Namun, untuk musim ini agak kurang menjadi buat pasukan itu dengan jurang mata yang semakin jauh dengan skuad kendalian Pep Guardiola.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!