Haiwan pelik pernah ditemui
NEW YORK - Menurut Banci Hidupan Marin, alam semula jadi mengandungi kira-kira 8.7 juta spesies di mana pecahannya 6.5 juta di daratan manakala 2.2 juta berada dalam lautan dan pada masa sama saintis menyatakan angka sebenar mungkin lebih tinggi.
Namun, berdasarkan jumlah sebesar ini, terdapat banyak lagi haiwan yang belum dikenal pasti keberadaannya dan rekod penemuannya adalah kecil. Berikut adalah spesies tersebut.
Jerung Goblin
Jerung Goblin ialah spesies jerung laut dalam yang jarang ditemui dan satu-satunya daripada keluarga Mitsukurinidae masih ada. Susur galur keturunan jerung itu berusia sekitar 125 juta tahun dahulu.
Jerung berkulit merah jambu ini mempunyai muncung panjang, runcing dan bengkok, manakala gigi seperti kuku. Ia boleh bergerak dengan sangat pantas dan biasanya berukuran tiga dan empat meter.
Anjing Komondor
Anjing Komondor juga dikenali sebagai anjing biri-biri Hungary yang dipelihara untuk menjaga haiwan ternakan. Bulu anjing ini berwarna putih yang panjang dan seperti rambut dreadlock atau bulu mop.
Echidna
Haiwan berasal dari Australia juga dikenali sebagai tenggiling berduri dan membiak secara bertelur.
Tubuh badan haiwan itu dilitupi dengan duri dan mempunyai muncung panjang dilapisi electroreceptors atau organ pengesan seperti yang terdapat dalam haiwan lain, antaranya platipus.
Ikan blob
Ikan Blob ialah spesies lautan dalam yang mendiami perairan di atas dasar laut pada kedalaman 600 hingga 1,200 meter di luar pantai tanah besar Australia, New Zealand dan Tasmania.
Ikan tersebut mempunyai rupa bentuk ganjil berbanding ikan ketika berada luar air. Namun, saintis menyatakan kesesuaian tubuh badannya ‘agak pelik’ berkemungkinan direka berdasarkan habitatnya di lautan dalam.
Aye-aye
Aye-aye ialah mamalia seperti kera berjari panjang, mata membonjol, gigi seperti tikus dan telinga besar yang berasal dari Madagascar.
Haiwan itu dicirikan oleh kaedah luar biasa untuk mencari makanan seperti mengetuk pokok dan kemudian membuat lubang di dalam kayu menggunakan gigi kacip sebelum memasukkan jari tengah yang sempit untuk menarik keluar mangsanya. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!