Pelawaan permohonan bazar Ramadan bawah seliaan penganjur batal - DBKL

DBKL memaklumkan mengenai pengumuman terkini berhubung status pelawaan bagi permohonan tapak bazar Ramadan.
DBKL memaklumkan mengenai pengumuman terkini berhubung status pelawaan bagi permohonan tapak bazar Ramadan.
A
A
A

SHAH ALAM - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan pelawaan bagi permohonan tapak bazar Ramadan di seluruh Parlimen Kuala Lumpur melibatkan seliaan penganjur terbatal.

DBKL dalam kenyataannya memberitahu, iklan berkaitan pelawaan kepada orang ramai berkaitan permohonan tapak bazar Ramadan itu sebelum ini disiarkan di laman rasmi Facebook DBKL pada 23 Oktober lalu.

Menurut DBKL, sebanyak empat lokasi bazar Ramadan di bawah seliaan DBKL yang diiklankan pada tarikh sama turut terbatal iaitu di tempat letak kereta, Taman Tasik Permaisuri, Jalan 3/27A, Wangsa Maju Seksyen 1, UTC Sentul dan Jalan Telawi 1 hingga Jalan Telawi 4, Bangsar.

"Satu pelawaan baru akan disiarkan semula dengan melibatkan semua lokasi bazar Ramadan," kata kenyataan terbabit pada Ahad.

Bagaimanapun, katanya, pelawaan bagi permohonan tapak bazar Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman pula sah.

"Tarikh tutup permohonan kekal pada 6 November ini," ujar kenyataan itu.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!