Marcelo tinggalkan Fluminense

Marcelo
Marcelo
A
A
A

PEMAIN pertahanan Brazil, Marcelo meninggalkan Fluminense dengan persetujuan bersama, umum kelab Serie A Brazil itu.

Punca menyebabkan bekas bintang kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid, berusia 36 tahun meninggalkan Time de Guerreiros tidak didedahkan kelab.

Bagaimanapun terdapat laporan bahawa bek kiri terhebat sepanjang yang menghabiskan sebahagian besar kariernya bersama Los Blancos dengan 25 trofi itu tidak menghormati pendirian pengendali, Mano Menezes.

Insiden berlaku semasa perlawanan Serie A menentang Gremio di Stadium Maracana apabila pemain yang lebih dikenali Marcelo Vieira da Silva Junior dikatakan mempertikaikan arahan Menezes ketika hendak dimasukkan sebagai pemain gantian.

Menezes memberikan arahan taktikal kepada Marcelo. Foto Agensi
Menezes memberikan arahan taktikal kepada Marcelo. Foto Agensi

Marcelo, yang selepas keluar dari Real Madrid, menyertai kelab liga Greece, Olympiakos selama lima bulan sebelum bersama Fluminense pada 2023, diarahkan Menezes kembali ke bangku simpanan selepas bertindak balas terhadap taktikal pengendali tersebut.

"Saya mahu memasukan Marcelo pada masa itu, tetapi apabila mendengar sesuatu yang saya tidak suka, jadi saya ubah fikiran saya," kata Menezes dalam sidang media selepas perlawanan, tanpa memberikan butiran lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!