Anwar cari ruang bermain dengan cucu walaupun jadual padat
SHAH ALAM - Dalam kesibukan menjalankan tanggungjawab sebagai Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih sempat meluangkan masa bermain bersama cucu di kediamannya.
Menerusi perkongsian video berdurasi 17 saat yang dimuat naik isteri beliau, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Anwar dilihat bermain pelantun boleh kembung atau 'inflatable balloon playground' bersama cucunya.
“Melayan cucu-cucu,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.
Pada hari yang sama, Anwar menghadiri tiga program di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) iaitu Program Temu Anwar Bersama Warga UPNM, Kenduri Rakyat dan solat Jumaat.
Dalam pada itu, Naib Pengerusi Majlis Pimpinan PKR Selangor, Dr Gunaraj George berkata, masa terluang Perdana Menteri itu adalah untuk semua ahli keluarganya.
“Itulah PMX kita,” katanya meninggalkan komen gembira di Facebook Wan Azizah.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!