Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas
03 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
Keputusan kes Jahidah ditangguh, bekas suami alami sesak nafas
Mahkamah Sesyen Johor Bahru pada Ahad, menangguhkan keputusan kes peniaga yang didakwa menyebabkan kecederaan parah terhadap bekas isteri ketiganya sehingga koma tiga tahun lalu ke tarikh 9 Disember ini, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.
Hakim Fatimah Zahari yang sepatutnya menjatuhkan hukuman ke atas Rosmaini Abd Raof, 41, dimaklumkan tertuduh tidak dapat hadir kerana dimasukkan ke Hospital Pendang akibat sesak nafas, petang Sabtu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/694456/berita/semasa/keputusan-kes-jahidah-ditangguh-bekas-suami-alami-sesak-nafas
Muzik Elevate: www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #KesJahidah