Moto3: Juara dunia Alonso perbaharui rekod penuh gaya

Alonso menjuarai perlumbaan Moto3 MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini. Foto Bernama
Alonso menjuarai perlumbaan Moto3 MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) di sini hari ini. Foto Bernama
A
A
A

PELUMBA CFMOTO Gaviota Aspar Team David Alonso membuktikan kehebatannya sebagai juara dunia bagi kelas Moto3 apabila mencatat kemenangan ke-13 musim ini, pada MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia 2024 di Litar Antarabangsa Sepang di sini hari ini.

Kemenangan luar biasa ini bukan sahaja mengukuhkan status kejuaraan Alonso, yang dinobatkan sebagai juara dunia bulan lepas, tetapi juga menjadikannya pelumba pertama yang mencatat 13 kemenangan dalam satu musim.

Perlumbaan yang berlangsung di bawah terik matahari hari ini, bermula dengan menarik apabila David Almansa daripada Kopron Rivacold Snipers Team yang berlumba dari petak kesembilan tidak membuang masa untuk memecut ke hadapan dan mengetuai saingan.

Ketika perlumbaan berbaki 11 pusingan, Almansa dipintas Joel Kelso daripada BOE Motorsports, tetapi pelumba Australia itu tidak mampu bertahan lama apabila Taiyo Furusato yang mewakili Honda Team Asia berjaya memintasnya untuk mendahului perlumbaan.

Menghabiskan sebahagian besar perlumbaan di tempat ketiga, Alonso memecut ke tempat kedua pada pusingan kelapan sebelum pelumba kelahiran Colombia itu merampas tempat pertama daripada Furusato, dan mempertahankan kedudukan itu sehingga ke garisan penamat dengan catatan masa 33 minit 03.671 saat (s).

Pelumba berusia 18 tahun berkenaan menamatkan saingan di hadapan Furusato dengan kelebihan +0.088s, manakala Jose Antonio Rueda (+0.411s) daripada Red Bull KTM Ajo di kedudukan ketiga.

Selepas menamatkan 19 pusingan musim ini, Alonso kini mengumpul 396 mata, jauh meninggalkan Daniel Holgado daripada Red Bull GASGAS Tech3 di tempat kedua (236 mata), manakala Collin Veijer yang mewakili Liqui Moly Husqvarna Intact GP di ketiga (236 mata). - Bernama


KEPUTUSAN

Artikel Berkaitan:

1. David Alonso (Colombia) CFMOTO Aspar Team 33 minit 03.671 saat (s)

2. Taiyo Furusato (Jepun) Honda Team Asia 0.088s

3. Jose Antonio Rueda (Sepanyol) Red Bull KTM Ajo 0.411s

4. Ivan Ortola (Sepanyol) MT Helmets - MSI 0.996s

5. Collin Veijer (Belanda Liqui Moly Husqvarna Intact GP 1.091s

6. Joel Kelso (Australia) BOE Motorsports 1.225s

7. Ryusei Yamanaka (Jepun) MT Helmets - MSI 1.496s

8. Stefano Nepa (Itali) MTA Team 7.244s

9. Matteo Bertelle (Itali) Kopron Rivacold Snipers Team 7.346s

10. Luca Lunetta (Itali) SIC58 Squadra Corse 10.806s

11. David Almansa (Sepanyol) Kopron Rivacold Snipers Team 10.904s

12. Jacob Roulston (Australia) Red Bull GASGAS Tech3 16.019s

13. Filippo Farioli (Itali) SIC58 Squadra Corse 20.545s

14. Xabi Zurutuza (Sepanyol) Red Bull KTM Ajo 20.793s

15. Tatchakorn Buasri (Thailand) Honda Team Asia 21.001s

16. Eddie O'Shea (Great Britain) FleetSafe Honda - MLav Racing 21.231s

17. David Muñoz (Sepanyol) BOE Motorsports 43.705s

18. Noah Dettwiler (Switzerland) CIP Green Power 45.159s

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!