Abdullah Yasin ditahan mengajar tanpa tauliah JAIS

Abdullah
Abdullah
A
A
A

SHAH ALAM - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengesahkan menahan Pengerusi Majlis Syura Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (GASMA), Dr Abdullah Yasin berikutan mengajar tanpa tauliah.

Pengarahnya, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penahanan itu dijalankan kerana pendakwah itu mengajar apa-apa mengenai Islam tanpa tauliah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

"Ya (Abdullah ditahan JAIS) dan disahkan (mengajar tanpa tauliah MAIS)," katanya menerusi WhatsApp ringkas kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri, Dr Mohammad Fahmi Ngah turut mengesahkan perkara terbabit.

"Sah (Abdullah ditahan), (tetapi) sudah bebas dengan jaminan semalam (Sabtu)," katanya.

Terdahulu, tular di Facebook pada Sabtu mengenai penahanan Abdullah mengajar tanpa tauliah MAIS.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!