China peruntuk 71.8 bilion yuan perangi wabak koronavirus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BEIJING - China memperuntukkan dana fiskal berjumlah 71.85 bilion yuan (RM42.6 bilion) untuk menyokong usaha mengawal wabak novel koronavirus, kata Menteri Kewangan pada Ahad, lapor agensi berita Xinhua.

Sehingga jam 6 petang Sabtu, sebanyak 31.55 bilion yuan telah dibelanjakan, kata Menteri Kewangan, Liu Kun.

Liu berkata, langkah-langkah pengawasan perlu diperkukuh untuk memastikan dana itu benar-benar disalurkan kepada mereka yang memerlukan.

Pihak berkuasa pusat fiskal akan terus menjalankan dasar untuk menyokong usaha memerangi wabak penyakit itu, kata Liu.

Katanya, memandangkan beberapa perusahaan kecil turut terjejas, pihak berkuasa fiskal di semua peringkat akan membantu meringankan beban mereka. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!