Kemi Badenoch dilantik pemimpin baharu Parti Konservatif UK
LONDON - Parti Konservatif yang bergelut dengan isu dalaman tidak berkesudahan pada Sabtu melantik Kemi Badenoch untuk menerajui Tory, sekali gus menjadi pemimpin kulit hitam pertama parti utama di United Kingdom (UK).
Badenoch, 44, menewaskan bekas Menteri Imigresen, Robert Jenrick dengan meraih 57 peratus undi anggota Konservatif.
“Ia adalah satu penghormatan yang besar buat saya. Tugas yang dipertanggungjawabkan ini sebenarnya mencabar. Kita perlu belajar dari kesilapan sebelum ini dan bangkit semula,” katanya.
Badenoch terkenal sebagai pejuang anti-woke yang menentang gerakan atau ideologi terhadap isu keadilan sosial seperti diskriminasi ketidakadilan gender dan hak asasi manusia.
Perdana Menteri, Keir Starmer turut menzahirkan ucapan tahniah atas pelantikan beliau.
“Pemimpin kulit hitam pertama Parti Westminster. Ia adalah detik yang membanggakan buat negara kita,” ujarnya menerusi platform X.
Sementara itu, pendahulunya, Rishi Sunak percaya wanita berketurunan Nigeria itu akan menjadi pemimpin pembangkang yang hebat. - Agensi
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!