Kartel baja: Dua bekas pengurus pertubuhan badan awam ditahan

Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.
Kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.
A
A
A

PUTRAJAYA - Dua bekas pengurus besar sebuah pertubuhan badan awam ditahan pada Sabtu susulan siasatan salah guna kuasa membabitkan kartel perolehan baja bernilai kira-kira RM60 juta.

Kedua-dua suspek berumur 50 hingga 60-an itu ditahan kira-kira jam 8.30 malam ketika hadir di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan.

SPRM menerusi kenyataan memaklumkan dua suspek lelaki itu kemudian dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

"Pendaftar Mahkamah Majistret Putrajaya, Syahrul Sazly Md Sani membenarkan dua suspek berkenaan direman selama tiga dan empat hari iaitu sehingga 5 November serta 6 November ini.

"Perintah itu dikeluarkan selepas permohonan dibuat SPRM pagi Ahad," katanya.

Dua suspek lelaki itu kemudian dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Dua suspek lelaki itu kemudian dibawa untuk permohonan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya.

Katanya, kedua-dua suspek ditahan bagi membantu siasatan terhadap kartel perolehan baja membabitkan sebuah pertubuhan badan awam yang dipercayai mempunyai unsur rasuah dan salah guna kuasa.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terkini terhadap kedua-dua suspek.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kedua-dua suspek disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!