Mayat warga emas ditemukan di ruang tamu

Mayat seorang warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring di ruang tamu di sebuah rumah di Taman Orkid Kuala Krai pada Sabtu. Foto hiasan
Mayat seorang warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring di ruang tamu di sebuah rumah di Taman Orkid Kuala Krai pada Sabtu. Foto hiasan
A
A
A

KOTA BHARU - Mayat seorang warga emas ditemukan dalam keadaan terbaring di ruang tamu dalam sebuah rumah di Taman Orkid Kuala Krai pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Mazlan Mamat berkata, keadaan mayat sudah berbau busuk dan mengeluarkan cairan hitam.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati lelaki warga tempatan itu berusia 61 tahun dan tidak berkahwin.

"Polis menerima panggilan kira-kira jam 9.53 malam sebelum bergegas ke lokasi itu," katanya.

Mazlan memberitahu, siasatan pada badan mangsa tidak menemui sebarang unsur yang boleh dikaitkan dengan kejadian jenayah.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra untuk tindakan lanjut dan polis akan meneruskan siasatan secara terperinci," katanya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya saling bertanya khabar mengenai jiran tetangga terutama mereka yang mempunyai masalah kesihatan dan berusia tetapi tinggal bersendirian.

Sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan dengan menghubungi Balai Polis Kuala Krai.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!