Bukti jelas impak pemanasan global

Keadaan bandar yang terjejas teruk selepas banjir mula surut.
Keadaan bandar yang terjejas teruk selepas banjir mula surut.
A
A
A

MADRID - Sepanyol mengerahkan kira-kira 10,000 anggota penyelamat termasuk tentera ke wilayah timur Valencia yang terkesan banjir dahsyat pada minggu lalu.

Pengumuman itu dibuat Perdana Menteri, Pedro Sanchez pada Sabtu selepas angka kematian meningkat kepada 211 orang dan jumlah itu dijangka meningkat berikutan operasi mencari dan menyelamat (SAR) terus dipergiat.

Ribuan sukarelawan membanjiri monumen di Valencia sebelum menuju ke lokasi terkesan untuk membantu mangsa banjir.
Ribuan sukarelawan membanjiri monumen di Valencia sebelum menuju ke lokasi terkesan untuk membantu mangsa banjir.

Harapan untuk menemui mangsa terselamat makin tipis selepas seluruh bandar wilayah timur tersebut diselaputi lumpur tebal.

Sebahagian besar jumlah kematian direkodkan di Valencia di mana pasukan penyelamat turut bekerjasama membersihkan sisa lumpur yang menghalang laluan.

“Bencana itu adalah kedua terburuk di Eropah pada abad ini. Kami bersetuju dengan permintaan pemerintah Valencia yang memerlukan pasukan keselamatan tambahan. Ia adalah penempatan pasukan terbesar atas sebab bencana alam,” ujarnya.

Beberapa anggota tentera terlibat usaha pembersihan sisa lumpur di bandar Catarroja.
Beberapa anggota tentera terlibat usaha pembersihan sisa lumpur di bandar Catarroja.

Menurutnya, usaha pembersihan berskala besar dan mengagihkan bantuan termasuk bekalan makanan kepada penduduk terjejas adalah keutaman utama.

Artikel Berkaitan:

Pihak berkuasa turut berdepan kecaman orang ramai kerana tindak balas perlahan selain kelewatan sistem memberi amaran banjir di kawasan terkesan.

Ketika ini, kira-kira 94 peratus kediaman sudah kembali mendapat bekalan kuasa elektrik dan beberapa jalan raya telah dibuka semula meskipun banyak kawasan masih tidak boleh diakses kerana laluan musnah teruk.

Banyak harta benda musnah akibat diselaputi lumpur tebal.
Banyak harta benda musnah akibat diselaputi lumpur tebal.

Walaupun banjir sudah surut, usaha pembersihan dijangka mengambil masa selama beberapa minggu atau berbulan.

Sementara itu, saintis iklim melihat bencana luar biasa itu ada kaitan dengan fenomena pemanasan global yang disebabkan aktiviti tidak terkawal manusia.

“Banjir teruk di Sepanyol adalah contoh terbaharu peristiwa besar kesan iklim ekstrem seperti yang telah diberi amaran oleh para saintis sebelum ini,” jelas Pengarah Penyesuaian Iklim dan Daya Tahan di World Resources Institute, Rebecca Carter. - Agensi

Penduduk setempat dan sukarelawan berganding bahu melakukan operasi pembersihan.
Penduduk setempat dan sukarelawan berganding bahu melakukan operasi pembersihan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!