Kereta jatuh tebing akibat tanah runtuh di Pandan Indah

Keadaan di lokasi kejadian tebing runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah pada Isnin.
Keadaan di lokasi kejadian tebing runtuh di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah pada Isnin.
A
A
A

AMPANG - [DIKEMAS KINI] Sebuah kereta jatuh ke tebing selepas tanah di Jalan Maju 1/4 Lembah Maju, Pandan Indah di sini runtuh pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 4.35 pagi.

"Pihak polis bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah dikejarkan ke tempat kejadian

Sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di kawasan itu telah terjatuh ke dalam runtuhan tebing.
Sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di kawasan itu telah terjatuh ke dalam runtuhan tebing.

"Siasatan awal polis mendapati lokasi kejadian merupakan parkir awam bersebelahan sebuah longkang besar," katanya dalam kenyataan pada Isnin

Mohd Azam berkata, sebuah kereta jenis Proton Saga yang diparkir di kawasan itu telah terjatuh ke dalam runtuhan tebing.

"Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam insiden itu, pemilik kereta telah dimaklumkan berkaitan kejadian tersebut.

Pihak berkuasa sedang menunggu analisis pakar cerun untuk mengalihkan kenderaan terbabit.
Pihak berkuasa sedang menunggu analisis pakar cerun untuk mengalihkan kenderaan terbabit.

Artikel Berkaitan:

"Pihak berkuasa sedang menunggu analisis pakar cerun untuk usaha mengalihkan kenderaan terbabit," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!