Kereta terbalik, pemandu patah tangan

Sebuah kereta terbalik selepas terlibat kemalangan di Jalan Syed Putra - Jalan Sultan Mohamed pada Isnin.
Sebuah kereta terbalik selepas terlibat kemalangan di Jalan Syed Putra - Jalan Sultan Mohamed pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera selepas kereta yang dipandu terbabit dalam kemalangan di Jalan Syed Putra - Jalan Sultan Mohamed di sini pada Isnin.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II, Che Mohd Solehuddin Che Jusoh berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan berkaitan kemalangan jalan raya itu pada jam 5.32 pagi.

Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas
Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas

"Sepasukan 15 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Rumah dan Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Che Mohd Solehuddin berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi mendapati sebuah kereta Honda City terbalik.

Pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan berjaya dikeluarkan.
Pemandu kereta yang terbabit dalam kemalangan berjaya dikeluarkan.

"Kerja-kerja mengeluarkan mangsa dilakukan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

"Pemandu kereta itu telah berjaya dikeluarkan dan mengalami kecederaan patah tangan, mangsa telah diserahkan kepada pihak ambulans untuk mendapatkan rawatan lanjut," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!