Nistelrooy kecewa United gagal tundukkan Chelsea

Nistelrooy percaya United seharusnya meraih kemenangan dalam aksi menentang Chelsea. Foto AFP
Nistelrooy percaya United seharusnya meraih kemenangan dalam aksi menentang Chelsea. Foto AFP
A
A
A

PENGENDALI sementara Manchester United, Ruud van Nistelrooy mengakui kecewa selepas pasukannya gagal menundukkan Chelsea dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) pada Isnin.

Menurutnya, United bermain baik dalam perlawanan tersebut dan seharusnya boleh meraih kemenangan di sebalik keputusan seri 1-1 di Old Trafford.

"Secara keseluruhan, ia adalah persembahan yang sangat mantap. Para pemain bermain dengan baik, berjuang sepanjang perlawanan.

"Seronok melihat usaha para pemain. Memandangkan peluang yang kami cipta, kami sepatutnya boleh menjaringkan gol untuk meraih kemenangan.

"Sungguh memalukan kami tidak dapat melakukannya. Secara keseluruhan, saya agak kecewa kerana kami tidak memperoleh kemenangan," katanya.

Dalam perlawanan itu, Bruno Fernandes membuka tirai jaringan buat United menerusi sepakan penalti pada minit ke-70 sebelum Moises Caicedo menyamakan kedudukan empat minit kemudian.

Dalam pada itu, dia turut mengakui pasukan berdepan pelbagai perkara minggu lalu dan tugasnya untuk memastikan pasukan tetap berada di landasan yang tepat.

"Namun, para pemain bertindak balas dengan sangat baik, dan itu adalah sesuatu yang perlu dibina untuk dua perlawanan seterusnya.

Artikel Berkaitan:

"Saya melihat semangat berpasukan pada hari Rabu (ketika aksi Piala Liga) dan sekali lagi hari ini.

"Selepas dua perlawanan ini, kami akan terus bergerak ke hadapan, dan mudah-mudahan, semuanya akan berjaya," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!