Enam maut, Gunung Lewotobi Laki-Laki meletus
JAKARTA - Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan itu, kata ketua kampung tempatan, Petrus Muda, kepada Agensi Berita Antara yang dikendalikan kerajaan.
"Gunung berapi itu meletus kira-kira 12.30 pagi waktu tempatan (1730 GMT Ahad). Enam dipercayai sekeluarga tertimbus di bawah runtuhan," Petrus dipetik sebagai berkata.
Beliau berkata penduduk kampung telah melarikan diri dari rumah mereka dalam keadaan panik. - Bernama-dpa
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!