Tekan Isreal, ketegasan Malaysia langkaui kesanggupan negara luar - PM

Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama
Anwar pada Persidangan Dewan Rakyat sempena Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen pada Isnin. Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kerajaan sudah mengambil langkah tegas bagi memberikan tekanan ke atas Israel bagi menghentikan keganasan perang berterusan di Gaza, malah ia melampaui kesanggupan negara lain di dunia.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun menegaskan, langkah kerajaan mesti didasari strategi yang tepat bagi memelihara keamanan dan kepentingan rakyat di negara ini.

"Dari segi ketegasan, bukan nak takbur tetapi saya sudah mengambil langkah yang melangkaui kesanggupan banyak negara malah ramai rakan dari negara (luar) yang ingatkan saya tentang risiko ini.

"Pagi tadi saya turut berbincang dengan Menteri Luar (Datuk Seri Mohamad Hasan) mengenai kenyataan yang dikeluarkan (Malaysia), bagaimana untuk memastikan Malaysia tidak terjejas.

"Kita tahu dan baca buku mengenai bagaimana Amerika Syarikat menggulingkan pemerintahan (kerajaan) kerana pendirian tegas yang dianggap bertentangan dengan pendirian mereka, namun ini risiko yang saya tidak ketepikan," katanya di Dewan Rakyat pada Isnin.

Sementara itu menjawab pertanyaan Ahmad Tarmizi Sulaiman (PN-Sik) yang menggesa agar kerajaan menyemak kembali penjualan saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) kepada syarikat Blackrock Inc, Anwar memaklumkan, kerajaan terbuka untuk menyenaraikan syarikat-syarikat yang mempunyai kepentingan rejim Israel di negara ini.

Menurut Ahli Parlimen Tambun itu, cadangan tersebut boleh direalisasikan di Dewan Rakyat dengan menyenaraikan syarikat yang mempunyai kepentingan secara langsung mahupun tidak langsung.

"Kita boleh sediakan ruang di Parlimen, berapa puluhan syarikat yang bertapak di semua negeri mempunyai kaitan secara langsung atau tidak langsung termasuk kelengkapan atau sebahagian saham senjata dan syarikat yang ada kepentingan dengan Israel.

Artikel Berkaitan:

“Keputusan itu tidak hanya retorik untuk orang ramai. Saya mohon dalam hal ini, kita lihat beberapa kekuatan, runding dahulu dengan tegas," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!