Mohd Sufian pangku jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat

Mohd Sufian (kanan) memangku jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat dengan disaksikan Hussein (tengah). Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
Mohd Sufian (kanan) memangku jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat dengan disaksikan Hussein (tengah). Foto SINAR HARIAN-MOHD HALIM ABDUL WAHID
A
A
A

KUALA LANGAT - Deputi Superintenden (DSP) Mohd Sufian Amin memangku jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat, berkuat kuasa pada Isnin.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Langat memangku jawatan itu menggantikan Asisten Komisioner Ahmad Ridhwan Mohd Nor yang dilantik Penolong Pengarah D7 (Bahagian Gangsterism) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman.

Majlis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat itu disaksikan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan.

Menurut Hussein, Ahmad Ridhwan telah melaksanakan setiap tugas yang diamanahkan, memahami tanggungjawab yang diberikan serta sentiasa berusaha capai hasil terbaik.

"Beliau juga sentiasa menunjukkan sikap profesional dan integriti tinggi.

"Kenaikan pangkat ini satu pengiktirafan pucuk pimpinan yang selayaknya diberikan kepada beliau atas segala usaha dan sumbangan yang diberikan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam Majlis Serah Terima Tugas Ketua Polis Daerah Kuala Langat di sini pada Isnin.

Tambah Hussein, kepada semua warga kerja IPD Kuala Langat diharap agar dapat memberi kerjasama kepada pemangku Ketua Polis Daerah sepenuhnya yang tidak berbelah bagi dalam terapkan semangat kerjasama dan kerja berpasukan.

"Kepimpinan hendaklah berteraskan nilai integriti, kejujuran dan dedikasi tinggi. Tanggungjawab ini bukanlah suatu yang ringan tetapi memerlukan komitmen sepenuhnya daripada kita sendiri.

Artikel Berkaitan:

"Terima kasih kepada Ahmad Ridhwan sepanjang menjawat jawatan Ketua Polis Daerah Kuala Langat dan diharap sokongan diteruskan kepada pemangku jawatan ini," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!