Operasi cari nelayan jatuh Sungai Sedili Besar diteruskan

Usaha mencari nelayan yang terjatuh di Sungai Sedili Besar diteruskan.
Usaha mencari nelayan yang terjatuh di Sungai Sedili Besar diteruskan.
A
A
A

KOTA TINGGI - Pasukan bomba dan penyelamat meneruskan usaha mencari dan menyelamat seorang nelayan dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Sedili Besar, pada petang Ahad.

Menurut Komander Operasi Penolong Kanan Penguasa Bomba, Shawaluddin Ami Nordin, usaha pencarian lelaki berusia 25 tahun itu turut disertai Maritim Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), dan penduduk setempat.

"Kami menerima panggilan kecemasan mengenai seorang nelayan yang dilaporkan terjatuh ke dalam Sungai selepas botnya terbalik pada jam 2.43 petang Ahad.

"Usaha-usaha pencarian masih diteruskan dengan menggunakan tiga bot bagi melakukan rondaan.

"Bagaimanapun, bagi pencarian kali ini, pencarian diteruskan secara 'water surface' di kawasan hotspot sepanjang tiga kilometer (KM) ke hulu dan darat dari lokasi kejadian," katanya.

Katanya, operasi akan diteruskan sehingga mangsa ditemui.

"Sehingga itu, kami akan terus berusaha dengan segala sumber yang ada sehingga mangsa ditemui," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!