Sila log masuk terlebih dahulu.
- Iklan -

Kukuhkan Bersatu persediaan menghadapi PRU16 - Radzi

04 November 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

Kukuhkan Bersatu persediaan menghadapi PRU16 - Radzi

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak berada di dalam ambang perpecahan seperti yang disebarkan sesetengah pihak, lapor wartawan Sinar Harian, Izwan Rozlin.

Naib Presidennya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegaskan isu itu tidak pernah timbul semasa atau selepas pemilihan parti berkenaan kerana apa yang penting adalah bersama-sama kepimpinan baru menyusun bagi memastikan parti kukuh sebelum Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Beliau berkata demikian selepas pengumuman Keputusan rasmi pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) 2024-2027 pada Isnin.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #Beritasemasa #Bersatu #MPTbersatu #RadziJidin