'Penat macam mana pun Abam tak pernah tolak program dakwah'
PEMERGIANNYA bukan sahaja ditangisi keluarga, rakan rapat dan peminat, namun turut dirasai ramai kenalan yang terlibat secara langsung dan tidak dalam kehidupannya di pentas seni.
Ternyata berita sedih yang diterima pagi ini akan pulangnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, 32, atau lebih dikenali sebagai Abam Bocey ke pangkuan Ilahi meninggalkan kesan kepada ramai yang mengenali Allahyarham.
Pendakwah bebas, Mohamad Amirul Amin Maulana Lokmah Hakim atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Amin turut berkongsi kesedihan tersebut melalui laman Instagramnya.
Berkongsi di laman itu, PU Amin menyifatkan Abam sebagai seorang yang kuat semangat apabila tidak pernah menolak untuk menghadiri program dakwah jika diundang.
"Abam tak pernah tolak jemputan untuk program dakwah. Penat macam mana pun tetap dia nak hadir juga. Itu kuatnya Abam insan yang mulia. ALLAH lebih mengetahui.
"Lawak dan gelak tawa kita bersama di atas dunia ini akan terus diingati. Semua orang sayang Abam. Abam nanti kami akan ikut serta. Berehatlah dari dunia penuh kepenatan ini. Akhirat tempat berehat. Selesai sudah tugas Abam menghiburkan kami.
"Ya ALLAH, ampunkan dia, peliharalah dia, tenangkan dia, jadikan kuburnya daripada taman-taman syurga, muliakan kedudukan nya, Ya ALLAH muliakan rohnya. Semoga Syed Umar akan bahagia dan damai di kehidupan akhirat," luahnya di Instagram.
Perkongsian PU Amin yang meraih lebih 35,529 tanda suka itu turut dihujani komen rata-rata netizen yang turut bersedih dengan pemergian Abam.
"Perasaan ini sama dengan masa arwah Pak Yus dulu. Tak tahu kenapa walaupun tidak pernah berjumpa, tapi sedihnya itu menusuk. Mungkin arwah dah banyak hiburkan kita tatkala kita stres dengan tugas harian. Salam takziah buat Abam," luah _aliffhaikal99.
ARTIKEL BERKAITAN: Pelawak Abam Bocey meninggal dunia
'Abam mungkin penat sebab banyak kerja dan kurang rehat'
saukje.bymlw pula menulis, "Innalillahiwainnailaihiroji'un. Baru sahaja baca niat dia tak bagi isteri dia kerja sebab nak tumpukan pada anak. Nak bayar gaji isteri dia. Murni sungguh niatmu Syed Umar. Semoga ALLAH luaskan tempat rehatmu."
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!