Tiga lelaki cedera lori rempuh warung

Tiga lelaki cedera selepas sebuah lori tanah terbabas dan merempuh warung di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang di sini, petang Isnin. Foto JBPM Pahang.
Tiga lelaki cedera selepas sebuah lori tanah terbabas dan merempuh warung di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang di sini, petang Isnin. Foto JBPM Pahang.
A
A
A

KUANTAN - Tiga lelaki cedera selepas sebuah lori tanah terbabas dan merempuh warung di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang di sini, petang Isnin.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tas ke lokasi selepas menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 4 petang.

“Sebaik tiba di lokasi, kita mendapati seorang lelaki mengalami cedera ringan dan telah dikeluarkan oleh orang awam.

"Pemandu lori turut mengalami cedera ringan dalam insiden tersebut,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Anggota BBP Taman Tas membantu menyelamatkan mangsa yang cedera susulan kejadian sebuah lori tanah terbabas dan merempuh warung di tepi jalan di Batu 8, Jalan Gambang di sini, petang Isnin. Foto JBPM Pahang.

Bagaimanapun katanya, seorang lagi mangsa mengalami kecederaan kritikal akibat diseret lori.

"Kita telah memberikan bantuan awal kepada semua mangsa yang cedera.

"Mangsa yang kritikal turut diberikan bantuan pernafasan (CPR) oleh pasukan EMRS Bomba dan petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” tambahnya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, semua mangsa telah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi menerima rawatan lanjut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!