Anak muda Kelantan 'banjiri' Golok untuk berhibur
Anak muda Kelantan 'banjiri' Golok untuk berhibur
Polis Kelantan mendedahkan Pekan Golok, Thailand yang hanya berjarak kurang satu kilometer dari sempadan Malaysia-Thailand di sini menjadi 'pusat hiburan' kepada rakyat negeri itu terutama anak muda pada hujung minggu, lapor wartawan Sinar Harian, Hazelen Liana Kamarudin.
Mereka hanya perlu menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram untuk berhibur di sana, selain menikmati 'sajian' dadah ditawarkan di pusat-pusat hiburan di sana.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, berdasarkan maklumat daripada rakan sekerjanya di sana kelmarin mendedahkan ramai anak muda dari negeri ini ke sana untuk berhibur terutama pada Jumaat dan Sabtu.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
#SinarHarian #Beritasemasa #pusathiburan #Golok