Suami isteri nyaris lemas, pacuan empat roda jatuh parit

Sepasang suami isteri nyaris lemas selepas pacuan empat roda dinaiki terjatuh ke dalam parit selepas terbabas di km 4 Jalan Lipis-Merapoh pada Isnin.
Foto ihsan PDRM
Sepasang suami isteri nyaris lemas selepas pacuan empat roda dinaiki terjatuh ke dalam parit selepas terbabas di km 4 Jalan Lipis-Merapoh pada Isnin. Foto ihsan PDRM
A
A
A

LIPIS - Sepasang suami isteri nyaris lemas apabila pacuan empat roda yang dinaiki terjatuh ke dalam parit selepas terbabas di Kilometer (km) 4, Jalan Lipis-Merapoh di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, pemandu pacuan empat roda jenis Mitsubishi Triton, Chian Boon Tiong, 55, cedera di bahagian tangan manakala isterinya, Kok Yit Long,67, tidak mengalami kecederaan.

Anggota polis, Sarjan Mohd Affendy turun untuk membantu menyelamatkan mangsa.
Foto ihsan PDRM.
Anggota polis, Sarjan Mohd Affendy turun untuk membantu menyelamatkan mangsa. Foto ihsan PDRM.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Ismail Man berkata, siasatan awal mendapati pemandu dan isterinya dalam perjalanan dari Machang, Kelantan ke Selayang, Selangor untuk menghadiri mesyuarat.

"Apabila sampai di tempat kejadian, kenderaan terbabit telah hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan melanggar penghadang jalan lalu masuk ke dalam parit yang digenangi air selepas hujan lebat.

"Semasa polis sampai di lokasi kejadian, kedua-dua mangsa berada dalam kenderaan yang hampir tenggelam," katanya.

Keadaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa dalam kejadian tersebut.
Foto ihsan PDRM
Keadaan pacuan empat roda yang dinaiki mangsa dalam kejadian tersebut. Foto ihsan PDRM

Ujarnya, seorang anggota polis iaitu Sarjan Mohd Affendy Suhaimi telah turun menyelamatkan mangsa yang hampir lemas.

Artikel Berkaitan:

Jelas Ismail, sebelum anggota terbabit sampai ke dalam parit, mangsa berjaya keluar dari kenderaan itu melalui cermin tingkap yang pecah.

Katanya, kes disiasat di bawah Kaedah 10 LN 166/59 (Kaedah-Kaedah Lalu Lintas 1959).

Dalam pada itu, beliau memohon sekiranya mana-mana individu mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah(IPD) Lipis di talian 093121999 atau balai polis berhampiran.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!