Lelaki ditahan di Bentong selepas dipercayai curi kabel di Temerloh

Keadaan MPV yang terjatuh ke dalam lubang di Taman Bentong Makmur pada Isnin. Gambar kecil: Suspek berusia 40 yang berjaya ditahan. Foto ihsan PDRM
Keadaan MPV yang terjatuh ke dalam lubang di Taman Bentong Makmur pada Isnin. Gambar kecil: Suspek berusia 40 yang berjaya ditahan. Foto ihsan PDRM
A
A
A

TEMERLOH - Seorang lelaki berjaya ditahan di Taman Bentong Makmur di Bentong pada Isnin selepas dipercayai mencuri kabel dari dalam lurang pembentung milik syarikat telekomunikasi di Taman Keramat Mentakab di sini pada awal pagi Ahad.

Sebelum ini, tular di platform TikTok memaparkan aksi sekumpulan lelaki mencuri kabel tembaga di Taman Keramat Mentakab berjaya dirakam seorang penduduk.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mazlan Hassan berkata, suspek berusia 40 tahun itu ditahan selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Toyota Wish yang dinaiki oleh empat suspek terbabas di longkang taman terbabit.

Seorang lelaki berjaya ditahan dan polis sedang giat memburu tiga suspek yang berjaya melarikan diri. Foto ihsan PDRM
Seorang lelaki berjaya ditahan dan polis sedang giat memburu tiga suspek yang berjaya melarikan diri. Foto ihsan PDRM

Menurutnya, tiga rakan suspek yang lain berjaya melarikan diri dalam kejadian tersebut.

"Kira-kira jam 4.40 pagi, orang awam telah menelefon pihak polis Bentong selepas ternampak dua kenderaan dalam keadaan mencurigakan di simpang masuk yang merupakan jalan utama taman itu disyaki mencuri kabel.

"Tangkapan telah berjaya dilakukan terhadap suspek di kawasan berdekatan dari tempat kejadian oleh sepasukan pihak polis IPD Bentong setelah MPV dinaiki terbabas di longkang taman tersebut," katanya.

Jelas Mazlan, hasil semakan mendapati suspek terbabit memiliki 13 rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

Artikel Berkaitan:

"Turut dirampas Toyota Wish warna putih, dua kunci kenderaan bertulis Rex, 153 batang kabel yang telah di potong, lima pemotong kabel, satu kunci lurang pembentung dan sebuah telefon bimbit jenama Vivo.

"Usaha giat masih dijalankan bagi mengesan rakan suspek yang masih bebas," katanya.

Tamat..

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!