Polis minta kerjasama kesan remaja hilang

Pihak polis mohon kerjasama mencari Nur Farahana,17, yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober lalu.
Foto ihsan PDRM.
Pihak polis mohon kerjasama mencari Nur Farahana,17, yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober lalu. Foto ihsan PDRM.
A
A
A

JERANTUT - Pihak polis memohon kerjasama orang ramai bagi mengesan seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang pada 30 Oktober lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jerantut, Deputi Superintenden Mohd Azahari Mukufar berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan Nur Farahana Abdullah,17, beralamat Taman Pedah di sini yang dibuat oleh bapa remaja itu sehari kemudian.

Menurutnya, lokasi terakhir remaja itu ditemui di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Temin.

"Remaja tersebut berkulit putih, dengan ketinggian kira-kira 160 sentimeter dan berat 50 kilogram (kg).

"Remaja terbabit memakai baju t-shirt berbelang hitam putih, berseluar dan bertudung hitam dengan selipar serta sebuah beg ketika kali terakhir dilihat di sekolah," katanya.

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu tersebut diminta tampil ke balai polis berdekatan.

Sebarang maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi pusat kawalan daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut di talian 092662222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!