SK Seksyen 20 buru kejuaraan berganda
PENYANDANG juara Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 20 membuka kempen Piala Raja Muda Selangor dengan laungan awal apabila merangkul Piala Sumbangsih selepas membelasah SK Seri Selangor, Subang Jaya, 6-1, pada 1 Oktober lalu.
Kini sekolah yang berpangkalan di Shah Alam itu mengintai peluang melabuh kempen edisi ke-35 dengan misi mempertahankan sekali lagi kejuaraan bawah 12 tahun tersebut.
Halangan terakhir SK Seksyen 20 yang berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Petaling Perdana adalah pasukan dari Sungai Buloh, SK Seri Pristana yang menjadi lawan perlawanan akhir di Padang SUK Latihan Selangor FA Seksyen 5 Shah Alam pada Selasa.
Ketika ditanya harapan menutup tahun ini dengan status kejuaraan berganda, penolong jurulatih skuad Bawah 12 (B-12) tahun SK Seksyen 20, Nik Juhaidi Tarmizi Juhari mengakui menjadi harapan komuniti sekolah itu untuk melihat sekali lagi melihat kejuaraan kekal di Petaling Perdana.
“Sudah tentu SK Seksyen 20 ingin mencipta kejuaraan berganda untuk edisi ke-35 kali ini, namun dalam permainan bola sepak segala kemungkinan boleh berlaku.
“Jadi saya bersama barisan pengurusan dan jurulatih berharap pemain-pemain dapat bermain dengan baik di pentas final dan sekali gus menjadi juara berganda Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35,” katanya.
SK Seksyen 20 mengesahkan slot ke perlawanan akhir selepas menewaskan menjinakkan SK Bandar Baru Selayang 2, 2-0 dalam perlawanan separuh akhir di padang SK Putra Height.
Jaringan Muhammad Aqeel Mohd Faizal (m-37) dan Muhammad Bukhari Abdul Basir (m-42) membolehkan pasukan itu berdepan SK Seri Pristana yang menyingkirkan cabaran SK TUDM Subang, 5-4 selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam satu lagi aksi separuh akhir.
Ditanya mengenai SK Seri Pristana, Nik Juhaidi berkata: “Saya dan barisan kejurulatihan percaya setiap pasukan kelebihan masing-masing terutamanya apabila memasuki peringkat perlawanan akhir.
“Biarpun SK Seksyen 20 tidak pernah berdepan SK Seri Pristana apabila hanya melihat semasa perlawanan separuh akhir tempoh hari tetapi kita perlu berhati-berhati dengan pihak lawan nanti semasa perlawanan akhir tersebut.”
Saingan Piala Raja Muda Selangor edisi ke-35 menyaksikan penyertaan sebanyak 32 pasukan yang dibahagikan kepada lapan kumpulan dengan dua pasukan teratas dalam kumpulan layak ke pusingan 16 terbaik, diikuti suku akhir, separuh akhir dan akhir.
Sebagai rekod, kejuaraan pembangunan bakat B-12 ini dibarakan penajaan daripada Kumpulan Perangsang Selangor (KPS) Berhad dengan Sinar Harian sebagai media rasmi.
INFO
PIALA RAJA MUDA SELANGOR 2024
SK SEKSYEN 20 (PPD PETALING PERDANA)
PENGURUSAN
PENGURUS: ALIF MOHD DRUS
KETUA JURULATIH: MUHAMMAD FADZLI BAHARUDIN
PENOLONG JURULATIH: NIK JUHAIDI TARMIZI JUHARI
JURULATIH PENJAGA GOL: YAHYA LABAI
FISIOTERAPI: NUR IMANINA SHAARI
PEMAIN-PEMAIN
1. QEU AISY MIKAIL MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR
18. MUHAMMAD BUKHARI ABDUL BASIR
5. MUHAMAD UMAR ZAQRI MOHD HASHIM
14. MUHAMMAD DENIAL MOHD SHAHIZAN
3. MUHAMMAD IRFAN NAZARUDIN
17. AHMAD FAIQ FURQAN AHMAD FAISAL
6. MUHAMMAD THAQIF WAIZ MOHD TAJUL ARIFFIN
8. MUHAMMAD AIMAN MOHD FAIZAL
4. MUHAMMAD DARWISY IKRAM MUHAMAD AZNEEF
10. AISH RAYYAN AZHARI ABDUL HAQQ
12. MOHAMMAD DAMIEN AZREEL MOHAMMAD FAUZAN
7. DANISH IZZ ZAFRAN MOHD FAIRUZ
13. MUHAMMAD RAYYAN RIZQIN MOHD RIYAZ
19. MUHAMMAD AQEEL MOHD FAIZAL
16. MUHAMED AQIL HAFIY KAMARUZAMAN
9. WAN AHMAD NUR IRSYAD WAN HASHIM
11. MUHAMMAD ASYRAF ZAILAN
2. AZRI HAZIM MOHAMAD
15. ARIF NUFAIL ARDIKA BUDI
20. MUHAMMAD ADAM MOHD FAIZAL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!