Dewan terbakar gara-gara pasang mercun, bunga api sambut hari jadi

Siasatan awal dijalankan bersama pasukan forensik bomba mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.
Siasatan awal dijalankan bersama pasukan forensik bomba mendapati kebakaran berkemungkinan berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan.
A
A
A

TELUK INTAN - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kebakaran di Dewan Arena Square di Jalan Raja di sini pada Ahad yang berpunca daripada percikan mercun dan bunga api.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki warga tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Teluk Intan sekitar jam 3 petang pada Isnin.

Menurutnya, semasa kebakaran berlaku, dewan berkenaan disewa daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bagi satu acara sambutan hari jadi dianjurkan individu tersebut.

"Acara berkenaan dihadiri sekitar 500 tetamu dan penganjur telah menyediakan pelbagai jenis mercun serta bunga api untuk digunakan tetamu.

"Siasatan awal dijalankan bersama pasukan forensik bomba mendapati, kebakaran berkemungkinan berpunca daripada percikan bunga api yang ditembak ke arah bumbung dewan tersebut," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Anggota bomba memadam kebakaran di Dewan Arena Square di Jalan Raja Teluk Intan pada Ahad.
Anggota bomba memadam kebakaran di Dewan Arena Square di Jalan Raja Teluk Intan pada Ahad.

Panggilan kejadian itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Intan pada jam 11.09 malam melibatkan bahagian bumbung dewan yang terbakar 20 peratus.

Kejadian bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kecederaan kepada mangsa.

Artikel Berkaitan:

Mengulas lanjut, Ahmad Adnan berkata, semakan kemudiannya mendapati, lelaki yang bekerja sebagai pemandu di sebuah syarikat lori itu tidak memiliki lesen yang sah untuk penggunaan bunga api dan mercun.

Katanya, polis akan mendapatkan perintah reman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 kerana memiliki dan menggunakan bahan letupan tanpa lesen.

"Anggaran jumlah kerugian masih dalam siasatan.

"Orang ramai diingatkan agar tidak sewenangnya menggunakan mercun atau bunga api tanpa kebenaran bagi mengelak insiden tidak diingini seperti ini berlaku," katanya.

@sinarharianonline

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kebakaran di Dewan Arena Square di Jalan Raja di Teluk Intan pada Ahad yang berpunca daripada percikan mercun dan bunga api. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, lelaki warga tempatan berusia 24 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Teluk Intan sekitar jam 3 petang pada Isnin. Menurutnya, semasa kebakaran berlaku, dewan berkenaan disewa daripada Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) bagi satu acara sambutan hari jadi dianjurkan individu tersebut. #SinarHarian #fyp #Mercun #VideoViral #Perak #Kebakaran

original sound - Sinar Harian

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!