Tumpuan dunia termasuk Malaysia terarah ke AS hari ini

Tumpuan dunia termasuk Malaysia kini tertumpu ke AS hari ini kerana lebih 62 juta rakyatnya akan keluar mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi bagi memilih presiden negara itu. - Foto: Agensi
Tumpuan dunia termasuk Malaysia kini tertumpu ke AS hari ini kerana lebih 62 juta rakyatnya akan keluar mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi bagi memilih presiden negara itu. - Foto: Agensi
A
A
A

TUMPUAN dunia termasuk Malaysia kini tertumpu ke Amerika Syarikat (AS) hari ini kerana lebih 62 juta rakyatnya akan keluar mengundi sama ada melalui pos atau secara fizikal di pusat mengundi bagi memilih presiden negara itu.

Sememangnya pilihan raya ini ditunggu-tunggu seluruh dunia kerana keputusan pilihan raya itu bukan sahaja menentukan haluan politik dan ekonomi negara maju itu, tetapi turut memberi kesan besar kepada ekonomi global.

Pilihan Raya Presiden AS sentiasa penting, tetapi tahun ini pertaruhannya penting kerana akan menjadi penentu kepada pergerakan pasaran modal, komoditi dan mata wang justeru secara tidak langsung mempunyai impak kepada perdagangan serta ekonomi kebanyakan negara termasuk Malaysia.

Beberapa tahun lalu, semasa pilihan raya 2020, parti Demokrat mengalahkan Republikan dengan beza 4.5 peratus dalam undi popular. Ketika itu, Joe Biden meraih 51.3 peratus berbanding Donald Trump yang mendapat 46.8 peratus.

Kali ini, calon utama, Trump yang juga bekas Presiden AS dan Naib Presiden Kamala Harris berada di hujung spektrum yang bertentangan dalam banyak isu asas.

Siapa yang menang juga boleh mempunyai implikasi besar terhadap perniagaan Wall Street, daripada penggabungan dan pengambilalihan kepada dasar perdagangan dan cukai. Ia sepatutnya tidak mengejutkan,

Jika kita membuka platform X atau TikTok, kita mungkin yakin bahawa Harris akan memenangi pilihan raya presiden secara besar-besaran manakala Trump semakin hilang sokongan.

Manakala berdasarkan tinjauan oleh The New York Times/Kolej Siena, walaupun inflasi dilaporkan semakin reda dan petunjuk ekonomi utama mencatat peningkatan, pengundi AS tetap berasa keadaan ekonomi hanya pada tahap sederhana atau lemah.

Artikel Berkaitan:

Faktor itu membuktikan bahawa perasaan bimbang terhadap ekonomi terus menjadi tumpuan pengundi, dan isu tersebut dijangka menjadi aspek utama bagi mereka dalam menentukan pemimpin seterusnya.

Dalam konteks ini, Trump terus menjadi calon yang lebih dipercayai dalam menangani isu ekonomi berbanding lawannya Kamala Harris namun, ketika ini Harris kini semakin merapatkan jurang keyakinan itu.

Jika siapa pun yang terpilih sebagai presiden nanti, Malaysia seharusnya perlu bersiap sedia dengan keadaan ekonomi tidak stabil untuk beberapa tempoh peralihan AS dan kepimpinan baharunya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!