Banjir Sepanyol: PM Anwar zahir rasa simpati
KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa menzahirkan rasa simpati beliau kepada rakyat Sepanyol yang terkesan akibat banjir besar di negara itu.
"Saya ingin menyampaikan rasa simpati kepada rakyat Sepanyol yang telah mengalami kehilangan ratusan nyawa, serta kemusnahan yang meluas di Valencia, akibat banjir besar minggu lepas.
"Rakyat Malaysia bersimpati dengan rakyat Sepanyol pada masa yang paling sukar ini dan akan terus berdoa untuk keselamatan dan kesejahteraan mereka, dengan harapan keadaan akan bertambah baik pada hari-hari mendatang," katanya dalam hantaran di akaun Facebook.
Semalam, media melaporkan lebih 200 orang terkorban dalam bencana banjir yang disifatkan terburuk di Sepanyol dalam beberapa dekad. - Bernama
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!