Polis Kelantan buat ujian air kencing mengejut di ICQS Rantau Panjang

Polis Kelantan akan terus menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut di Kompleks ICQS di negeri ini. Gambar kecil: Mohd Yusoff
Polis Kelantan akan terus menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut di Kompleks ICQS di negeri ini. Gambar kecil: Mohd Yusoff
A
A
A

KOTA BHARU - Polis Kelantan akan terus menjalankan ujian saringan air kencing secara mengejut di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) Rantau Panjang dalam usaha untuk mengesan rakyat Malaysia yang terlibat penyalahgunaan dadah semasa berhibur di Thailand.

Ketua Polis negeri, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, pemeriksaan itu sudah dijalankan dari semasa ke semasa di pintu masuk ke negara ini.

"Ujian air kencing kebiasaannya dilakukan semasa mereka (rakyat Malaysia) pulang dari Thailand," katanya kepada pemberita.

Menurut beliau, ujian itu akan dilakukan secara mengejut tanpa diketahui oleh mana-mana pihak.

Ujarnya, sukar untuk menghalang perbuatan rakyat Malaysia khususnya Kelantan untuk berhibur di Golok.

Mohd Yusoff memberitahu, kesemua mereka disyaki meletakkan kenderaan di Rantau Panjang sebelum menyeberangi Sungai Golok melalui pangkalan haram untuk ke negara jiran.

"Majoriti daripada mereka (rakyat Malaysia yang berhibur di Sungai Golok) melalui jalan yang tidak sah untuk ke sana," katanya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!