48 individu ditahan dalam Ops Noda

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 48 individu ditahan secara berasingan dalam Ops Noda di dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen pada 31 Oktober dan 1 November lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, sepasukan polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor menjalankan dua serbuan itu susulan risikan dan maklumat.

"Serbuan pertama pada jam 11.30 malam, seramai 25 orang terdiri seorang warga tempatan dan 24 warga asing ditahan di sebuah rumah kedai di Desa Aman Puri di sini.

"Polis turut merampas komputer riba dan peralatan hiburan serta wang tunai RM528," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Hussein berkata, kesemua tangkapan ditahan reman kali pertama empat hari, sebelum warga tempatan disambung reman sehari lagi.

"Warga asing yang ditahan pula direman Imigresen selama 14 hari," katanya.

Beliau berkata, serbuan kedua pada jam 11.30 malam 1 November lalu di sebuah rumah kedai di Taman Perindustrian Puchong Utama, Puchong.

"Dalam serbuan itu polis menangkap 23 orang yang terdiri daripada dua warga tempatan dan 21 warga asing.

Artikel Berkaitan:

"Turut dirampas, peralatan hiburan dan wang tunai RM175," katanya.

Hussein berkata, suspek warga tempatan dibebaskan dengan jaminan polis, selepas direman sehari, manakala warga asing direman imigresen selama 14 hari.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 39b Peraturan-peraturan Imigresen 1959, Seksyen 6(1) Enakmen Hiburan dan Tempat Tempat Hiburan (EHDTTH) 1997 Selangor dan Seksyen 6(1) (c) Akta Imigresen 1963," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!