Jumlah sungai tercemar di seluruh negara berjaya dikurangkan

Wan Abdul Latiff (dua dari kanan) menunjukkan tanaman cocodema di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru pada Selasa.
Wan Abdul Latiff (dua dari kanan) menunjukkan tanaman cocodema di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, Johor Bahru pada Selasa.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah sungai tercemar di seluruh negara merekodkan pengurangan susulan pemantauan kualiti air sungai berterusan dan penguatkuasaan lebih tegas.

Ketua Pengarah Alam Sekitar, Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, mengikut rekod pada tahun lalu terdapat 25 sungai tercemar di seluruh negara berbanding 29 pada 2022.

"Ia disebabkan usaha berterusan JAS pantau kualiti air sungai seluruh negara dan penguatkuasaan ke atas punca yang menyebabkan pencemaran berlaku.

"Selain itu, jumlah sungai tercemar akan dapat berkurangan dengan penubuhan Jawatankuasa Khas Menangani Kemerosotan Kualiti Air Sungai Kebangsaan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Jun lalu.

"Jawatankuasa itu juga sudah bermesyuarat dua kali iaitu pada Jun dan Ogos lalu dengan JAS akan memastikan pihak industri, pemaju pembangunan dan loji kumbahan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974," katanya.

Wan Abdul Latiff ( lima dari kanan) pada sesi interaktif dk Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara pada Selasa.
Wan Abdul Latiff ( lima dari kanan) pada sesi interaktif dk Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara pada Selasa.

Beliau berkata demikian selepas sesi interaktif Ketua Pengarah Alam Sekitar bersama pemenang Anugerah Sekolah Lestari, Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Mutiara, di sini, pada Selasa.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor, Dr Mohd Famey Yusoff.

Artikel Berkaitan:

Pada Jun lalu, Fadillah dilaporkan berkata sebanyak 25 daripada 672 sungai di negara ini berada dalam kategori tercemar.

Sungai tercemar itu dikesan di Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Sarawak membabitkan kualiti air sungai (IKA) kelas tiga dan empat.

Antara punca pencemaran adalah industri, loji kumbahan, perbandaran, pertanian, perumahan dan penternakan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!