Messi tak macam Ronaldo

Messi cukup kecewa dengan kritikan yang dilemparkan Abidal ekoran prestasi hambar Barcelona baru-baru ini.
Messi cukup kecewa dengan kritikan yang dilemparkan Abidal ekoran prestasi hambar Barcelona baru-baru ini.
A
A
A

BINTANG Barcelona, Lionel Messi dijangka menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri jika menyertai Manchester City tidak seperti mana ketika Cristiano Ronaldo bersama Manchester United sebelum ini.

Menurut bekas pemain Arsenal dan Barcelona, Emmanuel Petit, Messi bakal berdepan masalah kerana dia tidak dibentuk untuk beraksi dalam liga kompetitif seperti Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Messi bukan Cristiano Ronaldo yang secara fizikalnya mereka cukup berbeza. Ronaldo seorang pemain yang memiliki karakter luar biasa, Messi pula hanya akan mampu bermain pada tahap tertinggi dalam satu atau dua tahun lagi.

"Bagi saya, Messi tidak akan dapat menyesuaikan diri beraksi dalam EPL kerana dia tidak suka pergerakannya diganggu. Berbanding aksi dalam La Liga, dia lebih banyak dilindungi pemain lain," katanya.

Isu perpindahan Messi mula timbul sejak minggu lalu selepas dia membidas Pengarah Sukan Barcelona, Eric Abidal yang mengkritik prestasi hambar kelab gergasi Sepanyol itu sehingga menjadi punca Ernesto Valverde dipecat sebagai jurulatih.

Bagaimanapun, Messi yang kini dalam rundingan bagi memperbaharui kontraknya menafikan dakwaan Abidal berkenaan. Situasi terbaharu di Camp Nou itu menjadikan City sebagai antara kelab tumpuan utama untuk merekrut pemain berusia 32 tahun berkenaan.

Pengendali City, Pep Guardiola pula percaya Messi akan kekal di Camp Nou untuk satu tempoh yang panjang biarpun kapten skuad Argentina itu dikatakan cukup kecewa dengan kenyataan Abidal.

"Buat masa ini, Messi merupakan pemain Barcelona. Dia tetap akan kekal, bertahan dan mengakhiri karier di Barcelona," ujar Guardiola yang pernah bersama Messi ketika membimbing Barcelona pada 2008 hingga 2012.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!