MetMalaysia keluar nasihat ribut tropika kuat

MetMalaysia hari mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kuat dengan nama Yinxing bergerak ke barat laut dengan kelajuan angin maksimum 111 kilometer sejam.
MetMalaysia hari mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kuat dengan nama Yinxing bergerak ke barat laut dengan kelajuan angin maksimum 111 kilometer sejam.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat mengenai ribut tropika kuat dengan nama Yinxing bergerak ke barat laut dengan kelajuan angin maksimum 111 kilometer sejam.

MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan ribut tropika itu berada pada kedudukan latitud 15.8 utara dan longitud 128.2 timur, sekitar 581 kilometer ke Timur Laut Naga City, Filipina.

Menurut kenyataan itu jarak bandar terdekat dengan ribut tropika itu ialah 1,586 km ke Timur Laut Kudat, Sabah dan diramalkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!