Lelaki OKU lari dari pusat jagaan ditemui di ladang kelapa sawit

Toupit ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Rotan di Kuala Selangor pada Selasa.
Toupit ditemui di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Rotan di Kuala Selangor pada Selasa.
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) mental dilaporkan hilang sejak Ahad lalu ditemui selamat di sebuah ladang kelapa sawit di Bukit Rotan di sini pada Selasa.

Toupit Fadzil, 48, ditemui kira-kira jam 10.30 pagi oleh pekerja ladang yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa mengenai penemuan lelaki terbabit.

Adiknya, Bakhtiar Fadzil, 45, berkata, pihak pengurusan pusat jagaan warga tua di Ijok telah menghubunginya memaklumkan Toupit telah dijumpai.

"Saya bersyukur apabila abang ditemui dalam keadaan selamat walaupun dia nampak letih dan kelaparan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Selasa.

Menurut Bakhtiar, abangnya ketika ini telah ditempatkan semula ke pusat jagaan terbabit.

"Saya berterima kasih kepada semua pihak yang mendoakan keselamatan abang dan ALLAH makbulkan doa semua," ujarnya.

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan, Toupit melarikan diri ke kebun kelapa sawit berdekatan dari sebuah pusat jagaan orang tua di Ijok pada Ahad.

Kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu berlaku semasa keluarga menghantar Toupit ke pusat jagaan itu semula selepas mereka keluar makan di sebuah restoran mamak di Ijok.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!