Hidup ketakutan angkara 'adik durjana'

Keadaan kereta milik Poh Yoke yang disimbah cat merah akibat perbuatan adiknya itu.
Keadaan kereta milik Poh Yoke yang disimbah cat merah akibat perbuatan adiknya itu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Seorang wanita yang juga peniaga mi mendakwa hidup dalam ketakutan dan trauma kerana diganggu sindiket ceti haram dari Singapura yang dipercayai sedang mencari adik kandungnya.

Menurut, Lai Poh Yoke, 46, berdasarkan apa dinyatakan ceti haram itu, adiknya dikenali sebagai Mui, 40, telah membuat pinjaman sebanyak SGD35,000 (RM104,009), tetapi tidak membuat pembayaran sejak tahun lalu.

Ibu kepada seorang anak itu juga turut memaklumkan dia bimbang keselamatan keluarganya kerana dua kali rumah disimbah cat dan dibaling bahan letupan.

“Mula-mula adik saya tidak mengaku, tetapi sejak pertengahan Januari lalu, dia gagal dihubungi dan terus menyepi hingga mengakibatkan saya dan keluarga di sini terus menjadi mangsa.

"Akibat kereta dan bahagian hadapan rumah disimbah cat, kami menanggung kerugian RM5,000.

"Dengan pendapatan kira-kira RM1,500 hasil jual makanan tidak mungkin mampu membayar balik pinjaman adik," katanya ketika ditemui di Pejabat Ketua Biro Aduan MCA Johor, Michael Tay Chee Boon di sini hari ini.

Poh Yoke (tengah) ketika membuat aduan di Pejabat Ketua Biro Aduan Johor, Michael Tay di sini hari ini.
Poh Yoke (tengah) ketika membuat aduan di Pejabat Ketua Biro Aduan Johor, Michael Tay di sini hari ini.

Poh Yoke berkata, sekarang ini dia sekeluarga malu untuk keluar rumah.

Artikel Berkaitan:

“Pendapatan kami tidak banyak dan dia tergamak melakukan sebegini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, dia juga sanggup untuk memutuskan hubungan dengan adik perempuannya itu agar dia tidak terus diburu sindiket ceti haram berkenaan.

Dia yang kini turut menjaga lima anak Mui berusia 12 hingga 22 tahun sejak kecil turut berharap keluarganya bebas daripada ancaman ceti haram dan dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

"Adik seharusnya bertanggungjawab atas pinjaman berkenaan dan harap dia menyelesaikan masalah yang timbul," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!